Exam dah dekat. Ada 2,3minggu je lagi.
Aku prepare ke blom?
Tak.. Nk kata 10% persediaan pon takde.
So, apa aku perlu buat?
Studi? Ya, studi...
Ini buat aku terfikir zaman sekolah dulu.. Kat mrsm, ptg or mlm mesti aku studi coz time tu ada prep class. Walaupun penat, aku tetap gagahkan diri ke kelas. Kalau tak cukup waktu prep, tambah lagi studi sblom tido. Seingatnya dulu, memang jarang aku di kelas time prep. Selalunya aku di Puncak Kasih, bilik gerakan PUM yg dinamakan oleh cikgu Patli. Hehe.. Kesibukan dengan aktiviti PUM buatkan aku rasa diri banyak ketinggalan, so aku studi lebih sikit dari orang lain. Hasilnya alhamdulillah. Aku di rusia hari ini.. amek course medic plak tu. Alhamdullilah.
Tapi sejak di Rusia ni, macam semangat nak studi tu dah pudar. Takde dah nak studi smpai pagi, takde terasa akan keperluan untuk "extra mile". Cukup apa yg cikgu suapkan dalam kelas, balik bilik simpan buku, and that's all. Takde revision, takde nak tambah apa2. Is this what we called complacent? Adakah aku dah berpuas hati dengan bergelarnya aku sebagai medical student? Entah la.. aku sendiri pon tak pasti. Tapi yang pastinya, ia perlu diubah dengan kadar yang segera. I'm not in the situation where can i just play around..and wait for miracle to happen. In order for me to change, I have to push myself towards that. Aku kena berubah.
Dulu time kat mrsm aku pernah dengar dari guru-guru, segelintir student MRSM ni bila dah masuk universiti, prestasi terus menurun, tidak seperti dahulu. Ia kerana mereka terlalu biasa disuap oleh guru, terlalu terikat dengan jadual harian sbgai seorang student yg hidup di asrama. Semuanya diaturkan dengan baik. Apabila dah masuk universiti, semuanya bebas. Diri sendiri tentukan bila nak bangun tido, bila nak makan, dan yg penting sekali bila time nak STUDI. So aku rasa apa yg aku takde sekarang ni, adalah my daily life management.
So rasanya masih belum lewat untuk aku berubah. Walaupon masa dah suntuk, exam just in 2 weeks.. tapi sekurang-kurangnya aku cuba untuk berubah. Mungkin kesannya bukan sekarang atau dlm masa terdekat, tp insyaAllah aku yakin akan ada kesan positifnya nanti. Berubah bukan senang, dan perlukan kekuatan diri. InsyaAllah, akan ku gagagi diri ini sedaya upaya.
Apa yang kita perolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya dari apa yang kita berikan padanya. Jadikan sikap ingin lakukan yg terbaik dalam apa jua bidang sebagai aturan hidup,pasti akan menghasilkan kecemerlangan. InsyaAllah. =)








